Friday, May 28, 2010

Buruh dipenjara 30 bulan



2010/05/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Seorang buruh berusia 51 tahun dijatuh hukuman penjara 30 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Lee Man Boh, dari Taman Tas, di sini, yang terlepas daripada dikenakan hukuman sebatan kerana faktor usia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu bersama dua lagi rakannya selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Nordiana Abdul Aziz.


Bagaimanapun, dua lagi tertuduh, Leong Tim Choy, 44, dari Kampung Melayu Gambang, di sini dan Chan Look, 55, dari Jalan Air Putih, di sini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.


Tertuduh masing-masing bekerja sebagai penoreh getah dan buruh.


Mengikut kertas pertuduhan, tiga sahabat itu didakwa secara bersama memiliki satu beg kecil berwarna hitam berisi 27 peket plastik lut sinar pelbagai saiz setiap satu berisi serbuk dan ketulan keperangan mengandungi 1.02 gram (g) heroin serta 0.99g monoacetylmorphines dengan jumlah berat bersih 2.01 g.


Semua tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 3 Februari lalu, kira-kira jam 1.50 tengah hari di rumah bernombor 55, Jalan Taman Tas, di sini.


Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) (Pindaan 1998) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat sehingga sembilan sebatan.


Nordiana menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap kedua-dua tertuduh terbabit.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohamed Zakaria.

Gadis, kekasih enak ‘layan kepala’ dicekup



2010/05/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


SEREMBAN: Seorang gadis yang enak ‘melayan kepala’ bersama tiga lelaki di sebuah rumah di Taman Semarak, Nilai tersentak selepas dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’, semalam.

BERKAS...tiga wanita  ditahan dalam operasi, semalam.
BERKAS...tiga wanita ditahan dalam operasi, semalam.
Wanita berusia 27 tahun disyaki penagih dadah itu tergamam dan gagal melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis.


Seorang daripada tiga lelaki ditahan bersama gadis itu, teman lelakinya dan suspek direman untuk siasatan lanjut.


Mereka antara 37 yang ditahan dalam Ops Tapis Khas polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang diselaraskan Pegawai Turus Risikan/Operasi/Tahanan, JSJN IPK Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin di kawasan Nilai, Mambau dan Rantau bermula jam 8 malam kelmarin hingga jam 6 pagi semalam.


Ketua JSJN Negeri Sembilan, Superintendan R Ravi Chandran, berkata dalam operasi berkenaan, seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.


“Tiga ditahan kerana memiliki sejumlah dadah, manakala sembilan lagi ditahan kerana memasukkan dadah ke dalam badan. Seramai 24 lagi ditahan kerana disyaki penagih,” katanya.


Beliau berkata, tiga daripada 37 yang ditahan itu wanita, seorang berusia 27 tahun manakala dua lagi masing-masing berusia 18 tahun.


Saturday, May 22, 2010

Pasangan kekasih remaja pengedar dadah tumpas

PETALING JAYA: Sepasang kekasih remaja yang baru mencecah umur awal 20-an antara empat pengedar dadah yang ditumpaskan dalam beberapa serbuan berasingan polis, baru-baru ini.

Kegiatan mereka yang baru saja beberapa bulan bertapak di sekitar Petaling Jaya dihidu pihak berkuasa hasil maklumat awam.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata dalam beberapa serbuan dan tangkapan itu pihaknya merampas pelbagai dadah serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM140, 000.

Menurutnya, keempat-empat suspek yang juga warga tempatan itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan pada 18 Mei lalu dan kelmarin.

“Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam di Taman Mayang di sini Selasa lalu, kami menahan seorang suspek berusia 27 tahun dan merampas 1,880 gram ganja, 1,500 pil Eramin 5, 27.55 gram Ketamin dan 319 pil Ecstasy.


“Serbuan kedua di Sungai Way, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin pula menahan seorang lelaki juga berusia 27 tahun dan merampas 2,000 pil Eramin 5, manakala serbuan ketiga kira-kira jam 11.15 malam hari sama di Seksyen 17, membawa kepada penahanan pasangan kekasih terbabit yang turut memiliki pelbagai dadah,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Arjunaidi berkata, keempat-empat suspek yang ditahan itu dipercayai pengedar baru kerana semakan mendapati mereka tidak rekod jenayah lampau.

“Mereka baru saja beberapa bulan beroperasi di daerah ini dan mengedar dadah kepada pengedar kecil di sini. Selain itu, dadah terbabit juga dipercayai diedarkan ke pusat hiburan berhampiran.

“Namun, kami masih menyiasat sama ada keempat-empat suspek terbabit mempunyai kaitan dan mengenal pasti dari mana mereka mendapatkan dadah,” katanya. Menurutnya, pasangan kekasih terbabit, lelaki berumur 25 tahun dan kekasihnya berumur 23 tahun serta dua suspek yang lain turut positif dadah.

“Semua mereka kini direman tujuh hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Wednesday, May 19, 2010

Pasangan kekasih edar dadah ditahan

KAJANG 19 Mei - Polis menahan sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah di sekitar Lembah Klang selepas menyerbu sebuah rumah di Damai Perdana, Cheras di sini, awal pagi ini.

Dalam serbuan pukul 5 pagi itu, pelbagai jenis dadah bernilai RM18,000 turut dirampas.

Pasangan itu yang bekerja sebagai tukang masak ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Hasil pemeriksaan dalam rumah teres didiami pasangan itu menemui 1,690 biji pil ekstasi seberat 507 gram, dua peket plastik mengandungi serbuk merah jambu (166 gram) dipercayai ekstasi yang belum diproses, ketamin (360 gram) dan syabu (8 gram).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, lelaki berusia 45 tahun dan teman wanitanya berusia 35 tahun menjadikan rumah teres dua tingkat itu sebagai tempat membungkus dadah sebelum dipasarkan kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.

"Pelbagai jenis dadah itu disembunyikan dalam sebuah kereta Proton Waja, bilik tidur dan ruang tamu di rumah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain dadah, katanya, polis turut merampas wang tunai RM940, beberapa keping mata wang Yen, beberapa keping kad kredit, pasport dan tiga buku akaun bank.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing mengesahkan mereka positif mengambil dadah jenis syabu tetapi tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, kata Mohd. Shakaruddin, seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Cheras Hartamas di sini pada pukul 9.30 malam, Sabtu lalu, kerana menjalankan kegiatan memproses semula minuman keras untuk dijual.

"Modus operandi suspek adalah membeli bir tulen dan mencampurkan minuman itu dengan cecair kimia lain bagi menambahkan kuantitinya.

Dalam serbuan itu, katanya, polis turut merampas 131 karton minuman keras, sejumlah botol kosong, tong besar, peralatan membotolkan minuman dan pelbagai pelekat jenama bir seperti Tiger Beer, Heineken dan Carlsberg.

Katanya, suspek juga didapati mengubah suai kereta Proton Saga miliknya untuk digunakan membawa minuman keras dalam kuantiti yang banyak tanpa mencurigakan pihak berkuasa.

Tambahnya, kes itu diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


Heroin RM6 juta dirampas


Syed Ismail Syed Azizan (tiga dari kiri) menunjukkan rampasan heroin yang dianggarkan bernilai RM6 juta di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 19 Mei - Cubaan seorang lelaki menyeludup masuk hampir 30 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM6 juta ke negara ini berjaya dipatahkan dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 15.1, Lebuh Raya Utara Selatan di Napoh dekat sini semalam.

Kesemua 74 ketulan dadah mampat yang dibungkus dalam kertas minyak itu disembunyikan dalam tempat simpanan tayar gantian kereta jenis Toyota Corona yang dipandu suspek kira-kira pukul 2.40 petang.

Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, dadah itu dipercayai cuba dibawa masuk oleh suspek yang berusia 47 tahun untuk diproses dan dipasarkan di sekitar Pulau Pinang

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Changlun, Bukit Kayu Hitam menahan kereta dipandu suspek yang menghala ke arah selatan.

Setelah memeriksa kereta yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand itu, kata beliau, polis menemui serbuk putih dipercayai heroin yang disorokkan di dalam tempat simpanan tayar gantian kenderaan tersebut.

"Setiap bungkusan dianggarkan bernilai RM80,000 di pasaran tempatan. Dadah ini dikenali sebagai heroin base dan bernilai tinggi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, turut dirampas daripada lelaki itu, wang tunai RM1,088 dan mata wang Thailand bernilai RM3,850 serta tiga telefon bimbit.

Menurut beliau, suspek berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang dan kini telah menetap di Hatyai, Thailand dengan membuka perniagaan makanan bersama isterinya di selatan negara jiran itu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dengan satu sindiket memproses dan mengedarkan dadah yang berpangkalan di Pulau Pinang.

"Semakan rekod mendapati suspek memiliki lapan rekod jenayah antaranya terlibat dalam kes samun dan jenayah kekerasan.

"Kita sedang menyiasat lebih lanjut untuk mengetahui sejauh mana kegiatan suspek selama ini," katanya yang turut menjelaskan rampasan itu merupakan yang terbesar di Kedah bagi kes heroin tahun ini.

Suspek kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.




Lagi makmal proses dadah diserbu


Shafien Mamat (tengah) menunjukkan sebahagian daripada dadah jenis heroin yang dirampas daripada dua lelaki semasa sidang akhbar di Nibong Tebal, semalam.


NIBONG TEBAL 18 Mei 2010 - Polis membongkar sindiket pengedaran dadah terbesar di daerah ini selepas menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin di Taman Tambun Emas, Simpang Ampat di sini baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.10 tengah malam Sabtu lalu, polis turut merampas sejumlah heroin yang dianggarkan bernilai RM150,000 selain menahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Wira yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Berdasarkan maklumat itu, katanya, polis kemudian mengekori kenderaan terbabit sebelum bertindak menyerbu rumah teres berkenaan yang disewa sejak beberapa bulan lalu.

"Polis menggeledah rumah itu dan menemui beberapa peket plastik berisi ketulan dadah dipercayai heroin dalam sebuah bilik.

"Kesemua dadah itu dianggarkan seberat 3.2 kilogram dan harga pasarannya ketika ini kira-kira RM150,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Shafien, rumah terbabit dipercayai disewa untuk dijadikan pusat pembungkusan oleh kedua-dua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Tambahnya, kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah malah ujian air kencing yang dilakukan mendapati mereka negatif dadah.

Polis, katanya, percaya dadah terbabit untuk diedarkan di pasaran tempatan oleh kedua- dua suspek yang yang berasal dari Jitra, Kedah dan Pulau Pinang.

Mereka kini direman sehingga 21 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tuesday, May 18, 2010

Polis rampas dadah bernilai hampir RM1 juta


GAN Kong Meng (dua, kiri) menunjukkan pelbagai jenis dadah dalam plastik dan peralatan membuat dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 17 Mei - Polis negeri ini berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah selepas membongkar sebuah makmal memproses bahan tersebut di Bukit Jambul di sini tiga hari lalu.

Hasil maklumat orang awam dan intipan polis selama tiga hari, sebuah kondominium di Medan Fettes, Tanjung Tokong di sini diserbu pada pukul 10 malam tadi dan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM1 juta dirampas.

Selain itu, seorang wanita warga China berusia 28 tahun yang berasal dari Shandong dan mempunyai pasport serta visa tamat tempoh pada bulan depan, turut ditahan.

Dalam operasi itu, polis menemui serbuk ekstasi yang diisi di dalam kapsul bagi mengelak daripada dikesan dan dadah seumpama itu jarang ditemui di pasaran.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis turut merampas sepucuk pistol mainan dan kelopak peluru serta menyita sebuah kereta Nissan Sentra dalam serbuan itu.

"Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui dadah jenis heroin seberat 5 kilogram, ganja (0.3 kilogram), syabu (0.3 kilogram), ketamin (0.4 kilogram), 1,755 bungkus pil kuda, 20 bungkus pil ekstasi dan serbuk ekstasi (15 kilogram).

"Pelbagai peralatan memproses dadah antaranya ketuhar, tong gas lima botol asid, kafein, bahan pewarna, lampu dan alat timbang turut dirampas dalam operasi itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Saturday, May 15, 2010

aubat tauke dadah


WALAUPUN mewah dengan wang dan perempuan, hidup Roslan sentiasa takut dan resah.


AIR mata Roslan, 22, (bukan nama sebenar) mengalir deras semasa ditemu bual Jurnal di Pusat Pemulihan Akhlak S.I.D.I.M yang terletak di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor Selasa lalu.

Baru berusia 22 tahun, dia menjadi seorang penagih sejak umur belasan tahun lagi.

Syabu, ganja dan pil khayal merupakan kegemarannya malah dia turut menjadi pengedar dadah jenis itu. Soal wanita dan seks usah cerita. Roslan juga pernah pukul orang dan ‘menyita’ rumah mangsa.

Menurut Roslan, dia terpengaruh dengan najis dadah sejak bersekolah menengah di Terengganu.

“Semuanya kerana kesalahan saya sendiri yang terlalu mengikutkan nafsu. Semasa di sekolah rendah lagi saya belajar menghisap rokok,” kata anak sulung daripada empat adik-beradik ini.

Lelaki Arab

Ujarnya, berasal daripada keluarga berada memudahkan dia mendapatkan wang untuk membeli dadah.

“Duit yang diberikan ayah saya gunakan untuk membeli dadah, ponteng sekolah dan melepak di rumah rakan sambil menyedut benda haram itu.

“Pernah satu ketika, saya menghisap dadah bersama lebih 10 rakan sekolah termasuk seorang wanita. Kerana khayal, kami melakukan hubungan seks dengan wanita itu secara bergilir-gilir,” ujarnya.

Langkah Roslan semakin panjang sebaik sahaja mengikuti keluarganya berpindah ke Ampang, Selangor selepas tamat tingkatan lima.

Di Ampang, dia mengenali seorang pengedar dan pembekal dadah dari Asia Barat bernama Kamal (bukan nama sebenar).

“Biasalah pada masa itu saya ketagihan dadah dan perlu mencari stok daripada pembekal. Kamal menyewa di kondominium yang sama dengan keluarga saya tinggal.

“Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terus mendapatkan bekalan daripada Kamal secara berterusan sehingga menjadi salah seorang pengedar untuknya,” kata Roslan.

Ujar Roslan, kehidupan Kamal cukup mewah hasil jualan dadah. Kamal menyalahgunakan visa pelajarnya untuk membuat bisnes dadah di negara ini.

Hidup mewah

Walaupun baru dua bulan menetap di negara ini, Kamal hidup mewah sehingga mampu membeli sebuah kereta BMW 7 Series secara tunai.

Kata Roslan lagi, Kamal memperoleh bekalan dadah dari Iran dan Thailand yang diseludup masuk ke negara ini.

Lebih mengejutkan, Kamal juga memiliki makmal memproses dadah di rumahnya. Salah seorang orang kepercayaan Kamal ialah Roslan sendiri.

“Bukan sukar untuk menjual dadah terutama syabu. Pelanggan akan telefon untuk mendapatkan stok.

“Saya atau orang suruhan akan menghantarnya kepada mereka.

“Kami akan berjumpa pelanggan di restoran ataupun pusat beli-belah. Pelanggan akan membayar wang dahulu dan barang akan diserahkan kemudian,” katanya.

Tambahnya, stok dadah yang siap dibungkus dengan plastik akan diberikan semasa pelanggan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat jalan raya.

‘Kerjaya’ Roslan sebagai pengedar dadah membolehkan dia hidup mewah.

Malah, semasa berumur 18 tahun dia telah mempunyai 10 orang ‘anak buah’ yang membantunya menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Orang bawahan Roslan juga terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelajar universiti.

Wang tidak menjadi soal baginya. Dia memperoleh RM12,000 seminggu hasil jualan bahan terlarang itu sehingga terpaksa membeli mesin pengira wang untuk mengira ‘keuntungannya’ itu.

“Bayangkan sampai satu peringkat saya pernah tidur dengan duit puluhan ribu ringgit.

“Hasil wang haram itu saya gunakan untuk membeli barangan mewah seperti telefon bimbit, pakaian dan jam tangan berjenama.

“Perempuan pula ibarat pakai dan buang sahaja. Setelah puas melakukan hubungan seks dan mempermainkan mereka, mereka saya tinggalkan,” bicaranya.

Cacing kepanasan

Roslan memberitahu, dia juga melakukan hubungan seks dengan penagih di kalangan wanita yang tidak mempunyai wang untuk membayar bekalan dadah.

“Pelanggan perempuan yang sudah khayal pula saya dan kawan-kawan ‘kerjakan’ sehingga ada yang menjadi perempuan simpanan semata-mata untuk memuaskan nafsu dengan upahnya hanyalah bekalan syabu,” katanya.

Roslan memberitahu, dia pernah menyita barangan pasangan suami isteri yang tidak mampu melunaskan bayaran stok dadah yang mereka beli.

“Saya ambil semua barangan mereka.

“Televisyen, perabot dan pakaian sehingga mereka tinggal sehelai sepinggang sahaja.

“Bahkan ada penagih yang saya suruh mereka memukul ibu dan keluarga mereka untuk mendapatkan wang, meragut, menjual motosikal dan kereta.

“Ada juga yang menjual anak mereka kepada ah long kerana terpaksa membayar hutang bekalan dadah,” kata Roslan.

Namun, Allah S.W.T masih memberikan ruang untuk Roslan insaf. Kamal telah ditangkap polis kerana mengedar dadah.

Tumbuk ayah

Roslan bernasib baik kerana dia tertidur di rumah anak buahnya semasa penangkapan itu.

“Sebenarnya sejak terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah hidup saya seperti cacing kepanasan.

“Setiap masa saya berasa terlalu takut dan resah. Bayangkan siren kereta peronda polis menyebabkan saya lari bersembunyi.

“Saya juga pernah turun naik tangga dari pagi hingga ke lewat malam di rumah kerana takut ditangkap polis dan sering bermimpi akan digantung kerana kesalahan mengedar dadah,” ujarnya.

Tetapi tidak lama selepas itu Roslan ditahan pihak berkuasa kerana bersubahat dengan Kamal.

“Ayah telah menjamin saya. Sebelum ini beribu kali dia nasihatkan saya tetapi tidak pernah diendahkan malah saya tumbuk dan pukul dia pula.

“Dia meminta saya memasuki pusat pemulihan S.I.D.IM untuk menjalani rawatan.

“Entah mengapa saya bersetuju pada masa itu dan kini saya telah dua bulan berada di sini (Rumah S.I.D.IM)

“Banyak kesalahan telah saya lakukan.

“Adakah dosa saya akan diampunkan kerana merosakkan individu, keluarga, masyarakat dan agama sendiri,” katanya sebak.

6 remaja antara ditahan berpesta liar


SEBAHAGIAN remaja yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah resort di Port Dickson, awal pagi semalam.


TELUK KEMANG 15 Mei - Keasyikan 27 orang termasuk 16 remaja menyertai satu pesta liar dalam bilik yang diubah suai di sebuah resort di Port Dickson dekat sini, mengundang padah, apabila diserbu sepasukan polis awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu, semua mereka berusia antara 16 hingga 26 tahun ditahan ketika sedang khayal menikmati alunan muzik ala disko.

Daripada kesemua remaja yang ditahan, empat adalah wanita.

SEBAHAGIAN remaja yang ditahan ketik

SEBAHAGIAN remaja yang ditahan ke









SEBAHAGIAN remaja yang ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah bilik pusat peranginan di Port Dickson, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh, serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson hasil maklumat awam.

Katanya, ujian air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif mengambil dadah termasuk empat wanita berkenaan.


SEBAHAGIAN remaja yang ditahan ketika










Penganjur mengubah suai bilik di resort berkenaan untuk dijadikan mini disko dengan membawa pelbagai peralatan seperti pembesar suara.

"Polis turut merampas sejumlah dadah dipercayai jenis ketamin dalam bilik itu," katanya di sini hari ini.

Baljeet berkata, kumpulan itu dikatakan menyewa bilik di resort berkenaan sejak semalam untuk bersuka ria.

Pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca bekalan dadah itu diperoleh.

"Mereka yang didapati positif dadah itu ditahan untuk tindakan lanjut dan siasatan mengenainya masih dilakukan.

"Polis mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai yang mengetahui perlakuan jenayah supaya memaklumkan kepada polis untuk tindakan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a), akta yang sama.

"Kesemua mereka kini ditahan di IPD Port Dickson untuk membantu siasatan," katanya.

Makmal proses dadah dibongkar


SEBAHAGIAN dadah dan bahan memprosesnya ditunjukkan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, semalam. – bernama


PULAU PINANG 15 Mei – Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dengan penahanan dua lelaki dan merampas 32.4 kilogram heroin dianggarkan bernilai RM1.95 juta dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Kedua-dua suspek rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditahan dalam serbuan yang bermula pada pukul 3.30 petang hingga 2 pagi tadi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-duanya merupakan ahli sindiket dadah terbabit yang telah beroperasi sejak tiga bulan lalu.

Katanya, hasil maklumat awam dan risikan, kedua-dua suspek tersebut ditahan di kawasan Jelutong dan polis merampas 4.5 kilogram heroin.

“Susulan itu, sepasukan polis negeri ini dengan kerjasama polis Bukit Aman menyerbu seunit rumah pangsa di Bukit Jambul dan berjaya membongkar makmal memproses dadah tersebut.

“Hasilnya polis menemui heroin seberat 27.9 kilogram, kafein (85 kilogram), dadah jenis ketamin (460 gram) dan bahan perisa (24 botol).

“Selain itu, pelbagai peralatan memproses dadah antaranya tong gas, oven, lampu serta alat timbang turut dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan S. Batumalai.

Beliau berkata, polis turut menyita dua buah kereta iaitu Honda Civic dan Hyundai Atos yang digunakan sindiket terbabit.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati salah seorang suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan baru dibebaskan dari penjara tahun lepas atas kesalahan jenayah serta dadah.

“Seorang daripada mereka juga bekerja sebagai penjual cakera padat video (VCD). Kedua-duanya ditahan reman bagi siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayub berkata, sejak awal tahun ini sehingga Mac lalu, sebanyak 6.25 kilogram heroin dirampas berbanding hanya 4.14 kilogram rampasan dalam tempoh sama tahun lalu.

Jelasnya, dalam tempoh sama juga, seramai 4,829 orang membabitkan pelbagai jenis kesalahan terlibat dengan dadah ditahan berbanding 3,448 orang pada tahun lalu.

“Kita akan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi lain dan melancarkan inisiatif pencegahan bagi membersihkan kawasan perumahan supaya bebas daripada gejala dadah,” katanya


Friday, May 14, 2010

7 ditahan lepas gian



2010/05/14 metro
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG JAYA: Tujuh individu termasuk dua wanita diberkas polis di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Pandan Indah di sini, dipercayai sedang melepas gian, malam kelmarin.

Malah, sebaik rumah mereka diserbu, semua mereka tidak sempat berbuat apa-apa sebaliknya menyerah diri.


Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ampang Jaya, Deputi Superintendan Nordin Mahmud, berkata serbuan berkenaan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan polis.


Katanya, hasil pemeriksaan, dua dadah jenis heroin dan syabu ditemui pada beg pinggang dua daripada tujuh individu yang diberkas itu.


Hasil pemeriksaan awal, polis tidak menolak kemungkinan semua yang ditahan penagih dadah.


Semua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 30 tahun dan dipercayai warga tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri mereka.


Nordin berkata, dua lelaki yang memiliki dadah terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).



Friday, May 7, 2010

Serbuk dadah ketamin disorok dalam bekas air

Posted on the February 22nd, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by Syedz



MOHD. ISA (tengah) menunjukkan pemanas air yang mengandungi ketamin pada sidang media di Padang Besar semalam.



PADANG BESAR – Tindakan licik seorang lelaki Thailand yang menyembunyikan dadah ketamin seberat 25.8 kilogram (kg) bernilai RM500,000 di dalam dua bekas airnya terbongkar apabila diperiksa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini kelmarin.


Stor kondo jadi makmal dadah

Posted on the April 7th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by Syedz


MUHAMMAD SABTU menunjukkan sebahagian kelengkapan memproses dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur semalam.

Sindiket dadah ala MLM tumpas

Posted on the April 10th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by Syedz


MOKHTAR (kiri) menunjukkan dadah dan wang tunai yang dirampas dalam operasi dadah di tiga tempat berasingan di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Sebelum ini kita cuma mengenali aktiviti jualan langsung atau pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan pelbagai barangan dan keperluan harian.

Namun, polis Johor semalam membongkar kewujudan sindiket pengedaran dadah di negeri ini yang turut mengamalkan kaedah MLM bagi meningkatkan jualan di kalangan penagih.


Pemain bola gian pil kuda

Posted on the April 10th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat

KUALA TERENGGANU: Seorang pemain bola sepak Terengganu diberkas kerana disyaki mengambil dadah bersama seorang anggota polis dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Tok Lam, di sini.

Tujuh anggota polis Terengganu disiasat kes dadah

Posted on the April 11th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat

BESUT: Polis Terengganu kini menjalankan siasatan terhadap tujuh anggotanya yang disyaki terbabit dengan penagihan dadah.

Ditahan sembunyi dadah dalam paip

Posted on the April 16th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by Syedz


ZAINAL RASHID (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas di tiga lokasi berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya semalam.

Hisap dadah sebelum ke laut

Posted on the May 3rd, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by Syedz


SEBAHAGIAN daripada 55 nelayan yang ditahan dalam operasi polis dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Alor Setar semalam sebelum 30 orang didapati positif dadah.

Monday, May 3, 2010

55 nelayan dipercayai penagih dadah ditahan polis


2010/05/03 berita harian

KUALA KEDAH: Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan 55 lelaki dipercayai penagih dadah dalam satu operasi khas membanteras penagihan dadah di kalangan nelayan, di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua JSJN Kedah, Deputi Superintendan Zainuddin Saad, berkata dalam operasi bermula jam 6 pagi itu, semua lelaki yang ditahan berusia antara 25 hingga 50 tahun, terdiri daripada nelayan.

Katanya, ujian air kencing ke atas mereka mendapati 30 daripada mereka positif menagih dadah. Mereka ditahan dalam serbuan di tiga jeti nelayan dan pelantar ikan di sekitar kawasan ini dalam operasi bersama JSJN Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.


“Polis turut merampas 27 tiub heroin dan 12 tiub syabu bernilai hampir RM2,000 daripada dua lelaki berusia 20-an hingga 30-an, dipercayai pengedar di kalangan nelayan terbabit.

“Polis juga merampas sebuah Honda C70 disyaki motosikal curi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, empat daripada mereka yang ditahan itu masih diletakkan di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana kesalahan menagih dadah.

Zainuddin berkata, ketika serbuan mereka bersiap hendak memulakan kerja di jeti serta pelantar ikan dan tidak dapat melarikan diri kerana dikepung.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.


Guru terbabit dadah, kurang disiplin tak layak jadi pendidik
Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my
2010/05/03

TERKEDU! Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu reaksi awal Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, mengulas mengenai kegiatan seorang guru lelaki menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, baru-baru ini.

Tanya siapa saja, khususnya ibu bapa pasti akan terus melenting menghamburkan kritikan pedas terhadap guru yang sepatutnya jujur serta amanah bukannya menyeleweng daripada tugas serta tanggungjawab hakiki mendidik pelajar menjadi insan cemerlang dan menyediakan barisan pemimpin pada masa depan.


Lebih meningkatkan emosi amarah ibu bapa, guru itu bukan saja terbabit dengan penagihan dadah malah, lebih buruk lagi mengedar dadah untuk pelajarnya sendiri. Guru dianggap sebagai penjaga atau pelindung apabila pelajar berada di pekarangan sekolah. Ibu bapa juga sudah meletakkan harapan menyerahkan anak mereka kepada guru untuk ditunjuk ajar menjadi orang berguna.

Seperti perumpamaan Melayu, jika guru sudah kencing berdiri, pelajar pula akan kencing berlari. Dalam konteks ini, guru sewajarnya menjadi pembimbing dan mengingatkan pelajar supaya menjauhi najis dadah.

Hakikat diketahui ramai, apa saja yang kesalahan dikaitkan dengan dadah, ia adalah jenayah berat. Kesalahan guru terbabit dengan penyalahgunaan dadah tidak boleh dimaafkan kerana ia jelas mencemarkan imej profesionalisme bidang perguruan dan menjerumuskan masa depan serta potensi pelajar.

Walaupun statistik guru terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah disifatkan kes terpencil, ia tetap kesalahan serius kerana dadah musuh utama negara. Menurut laporan, pada Februari lalu, seorang guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat, berusia 31 tahun, ditahan polis selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas isu itu menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan memberi pengampunan kepada guru yang didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran atau penagihan dadah kerana ia menjejaskan imej profesionalisme perguruan.
Katanya, dadah adalah musuh nombor satu negara kerana bahana daripada aktiviti itu boleh melumpuhkan masa depan generasi pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara. Masyarakat boleh terus hilang kepercayaan terhadap peranan dan kredibiliti jika mereka dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Kita sudah ada piagam yang jelas dalam Kementerian Pelajaran. Kita anggap penyalahgunaan dadah tidak kira membabitkan guru atau pelajar adalah kesalahan serius. Jika guru yang patut menjadi idola, tidak mempunyai tingkah laku dan disiplin yang bersih, bagaimana mahu mendidik pelajar menjadi insan berguna dan cemerlang,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan perangkaan, guru yang terbabit dalam kes pengedaran dadah adalah terlalu kecil serta dianggap kes terpencil jika dibandingkan 360,000 guru di seluruh negara.

Bagi PIBGN, pemimpin sekolah, khususnya pengetua dan guru besar perlu bijak menangani dan mengendalikan guru dengan memastikan mereka sentiasa berada pada landasan betul untuk terus meningkatkan martabat bidang perguruan.

Pada zaman ini, peranan pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah semakin mencabar dalam pelbagai aspek termasuk berdepan kebarangkalian terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah amat tinggi sekali.

Prof Mohamad Ali mencadangkan supaya guru terus dihentikan perkhidmatan sekiranya sah disabitkan kesalahan mengedar dadah kerana ia menjejaskan kewibawaan institusi pendidikan di negara ini.

“Pada masa sama, kita mahu kepakaran guru besar dan pengetua juga dipertingkatkan dengan kemampuan mengenal pasti mana-mana guru bermasalah untuk membanteras gejala itu pada peringkat awal lagi. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka untuk mengelak pelajar menjadi mangsa.

“Guru yang terbabit dengan kes dadah, tidak layak ada di sekolah. Dunia perguruan tidak memerlukan tenaga pengajar yang begini. Mereka boleh menjadi duri dalam daging kepada pelajar. Kegiatan guru mengedar dadah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal,” katanya.

Penyalahgunaan dadah adalah isu yang sangat besar dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menanganinya dengan lebih holistik.

Sebenarnya sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk memulakan kempen generasi ‘benci pada dadah’ kerana ia dihuni oleh murid seawal usia tujuh tahun sehinggalah ke peringkat menengah.

Sasaran negara untuk bebas daripada dadah menjelang 2015 seharusnya turut disahut oleh golongan pendidik di negara ini. Justeru, peranan guru amat besar untuk menanam dan memupuk kesedaran terhadap bahaya bahan itu kepada sistem kehidupan manusia.